Saturday, December 6, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Assalamualaikum..
Selamat hari raya aidiladha untuk semua beliawanis dan semua masyarakat islam khususnya..
moga kehadiran perayaan kali kedua ini akan bertambah lagi amal kita pada kali ini..
berkorbanlah apa sahaja untuk memajukan pembangunan islam di muka bumi ini..insyaAllah.

Saturday, November 22, 2008

PERANCANGAN AKTIVITI NISA' PC TAHUN 2009


Nisa' mengorak langkah lagi dengan merangka beberapa program besar yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan.
Antara program yang akan dibuat adalah :
1. NISA' INDOOR GAMES PERINGKAT KAWASAN PC
2. KONSERT MALAM LESTARI KASIH
3. TEAMBUILDING NISA' PC,KB & KK
4. KEM PERKASA DIRI II
5. SEMINAR REMAJA MUDA MUDI
6. LAWATAN ISLAMIAH KE JOHOR & SINGAPURA
7. MAJLIS HARI RAYA DAN PERJUMPAAN ANAK MUDA PERANTAU DI IPT
8. MINI KARNIVAL
9. AKTIVITI KEBAJIKAN (QIAMULLAI, GOTONG ROYONG, SOLAT HAJAT, IFTHOR,
USRAH & MISI BANTUAN BANJIR)
Diharapkan semoga rancangan program yang telah dibuat ini mendapat kerjasama dan sokongan yang padu daripada Dewan Muslimat PC dan juga Nisa' Negeri Kelantan.

Tuesday, October 21, 2008


TENTANG NISA'
Kebajikan. Kemanusiaan. Kemasyarakatan.

NISA’ berhasrat untuk menjalin hubungan akrab dengan pelbagai pihak seperti kementerian, agensi kerajaan, media serta NGO dalam usaha NISA’ untuk berkhidmat kepada masyarakat.

MISI NISA'
NISA' berhasrat melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu & berakhlak mulia.

Misi NISA' ini akan tercapai melalui program-program yang dirancang dengan teliti, disemai dengan kasih sayang, dan disampaikan dengan penuh keikhlasan.

KEAHLIAN NISA'
Wanita berusia 15 - 40 tahun

LOGO DAN SLOGAN NISA'
Slogan NISA' ialah "Penghubung Generasi Muda" atau "Connecting Youth", menggambarkan kesungguhan NISA' untuk menyatukan generasi muda melalui pendekatan bersepadu dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.

Logo NISA'



Logo NISA' ini direka khusus bagi menggambarkan imej terkini dan perubahan NISA'.

Huruf "N" pada logo bukan sahaja melambangkan nama NISA', malahan ia membawa maksud "New" ataupun "Baru" dari sudut pendekatan dan idea baru untuk generasi muda.

Warna kelabu menggambarkan impian NISA' untuk menjadi sebuah organisasi profesional bagi golongan muda yang terbilang.

Warna ungu pula mewakili imej baru NISA' yang ceria, segar, serta 'loving and caring' terhadap generasi muda.

Latar belakang yang berbentuk bulatan menggambarkan matlamat NISA' yang ingin meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.

Sejarah Nisa' Pengkalan Chepa

Nisa' Pengkalan Chepa ditubuhkan di bawah Dewan Muslimat Kawasan Pengkalan Chepa. Nisa' PC juga merupakan rangkaian daripada Nisa' Negeri Kelantan di mana ia nya diwujudkan untuk membantu Nisa' Negeri dalam meramaikan ahli Nisa' di setiap kawasan dalam Negeri Kelantan.